Wednesday, November 24, 2010

semaniscintasejutasayang: ZURIAT PENYAMBUNG KASIH.....

semaniscintasejutasayang: ZURIAT PENYAMBUNG KASIH.....: "masa ni memang tgh gedebab giler kan..... sayang selalu... emmmuuaahhh en mamat si suami... love u forever... Assalamualaikum... ha..."

ZURIAT PENYAMBUNG KASIH.....


masa ni memang tgh gedebab giler kan.....


sayang selalu... emmmuuaahhh
en mamat si suami... love u forever...
Assalamualaikum... hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan tentang zuriat... semua insan di dunia ini mengharapkan zuriat sebagai peyambung kasih suami dan isteri... Tetapi ada diantara kita yang masih belum memiliki zuriat sendiri... ada yang mngambil masa 2,3,4,10,15 tahun untuk mendapatkan cahaya mata... ini berlaku sendiri kepada saya.. Saya dan suami puas berikhtiar hampir selama 3 tahun untuk mendapat  baby... kekadang terasa di sudut hati rendah diri kerana masih belum berjaya untuk memiliki si comel....kepada pasangan yang masih belum memiliki si kecil jgn bersedih kerana saya amat memahami perasaan anda... tetapi tuhan itu maha pengampun lagi penyayang.. jgn bersedih.. mungkin tuhan hanya memerlukan setipa hambanya berrsabar dan jangan mudah berputus  asa untuk berusaha... bagi saya bukan ALLAH itu tidak mahu memberikan tetapi ALLAH itu sebenarnya nak memberikan kita yang TERBAIK.... ayat itu yang selalu si  suami ucapkan  kepada saya kalau setiap kali saya datang BULAN.. positiv sungguh suamiku yerk ....tetapi nasihat saya jangan mudah berputus asa... saya dan suami sentiasa beriktiar untuk mendapatkan sicomel walaupun pada mulanya cadangan saya kepada  si suami untuk berjumpa pakar FERTILITY mendapat tentangan hebat dari si suami.... katanya " alah kitakan baru setahun kahwin, buat apa nak pergi...banyak masa lagi...." tapi saya tetap berdegil.. akhirnya apabila dipaksa sisuami mengalah...kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan DR SELVA daripada MAHKOTA MEDICAL CENTRE... ini adalah kerana kakak ipar saya berjaya mendapatkan zuriat dengan cara IVF (BAYI TABUNG UJI) hasil rawatan DR SELVA... kali pertama berjumpa, kami buat cek kesuburan... dapat jer keputusan DR SELVA cakap " cuba sendiri dirumah"... beberapa bulan kami refer bersama DR SELVA tapi jawapannya nyer masih sama... " cuba sendiri dirumah "..... kami pun tanpa berlengah lagi cuba lah sendiri di rumah.. paham2 lah yerk... tapi rezeki tidak menyebelahi kami... sedih tetap sedih....tapi tuhan lebih mengetahui... selepas itu kami berhenti utk berjumpa dgn DR SELVA...  mcm putus asa jer bunyi nyer yerrk...tapi tidak mcm2 kami buat. urut dah mcm2 urut buat... sengkak rahim dah tak terkira byknya... mak bidan pun dah banyak jumpa... tok bomoh pun sama... makan mcm2 supplement dari produk mlm sampai lah ke jamu... biodex pun cuba.. beribu jugak lah duit habis... tapi tak kisah lah duit habis sebab duit boleh cari tapi anak tak boleh beli...tapi masih tak berjaya...  masuk 2 tahun setengah perkahwinan kami period saya datang terlalu banyak tanpa henti selama 3 minggu... diri jadi risau... sebab kawan2 cakap mcm2.. cyst lah fibroid lah gugurlah mcm2.. risau jugak.. jumpa lah kami semula dengan DR SELVA. DR SELVA cakap " dont worry nita we will try to help you to get a baby" start lah aku makan CLOMID iaitu perrangsang telur supaya telur akan menjadi lebih subur.... DR SELVA kata klu cara rawatan clomid masih tidak berjaya kami akan melalui kaedah UIU pada bulan berikutnya... makan lah aku clomid tu sampai habis.. dalam rawatan bersama clomid dalam masa beberapa bulan aku amalkan minum susu kambing segar bersama kurma selama beberrapa bulan tanpa henti NON STOP JOURNEY...... susu kambing diambil pada waktu pagi dan malam sebelum tidur... petua ni ada saya dapat dari kawan satu opis... katanya ada satu ustaz bagitahu mak dia... ustaz tu kata kalau perempuan yang lambat hamil di sarankan untuk minum susu kambing bersama kurma... dalam mengamalkan susu kambing tu saya ada terbaca sunat untuk berpuasa kepada pasangan yang lambat dikurniakan zuriat. si isteri harus berpuasa selama 10 hari tanpa berrhenti dan si suami pula selama tiga hari berturut turut... pastu ada doa yang kena baca pada air yang kita minum waktu berbuka tu... tak ingat ler doa tu...dalam doa tu kita niatkan dan berazam untuk mendapatkan zuriat. si suami pula mengamalkan meminum protein soya AMYWAY setiap hari selama beberapa bulan....habis jerr treatment ngan clomid tu... tunggu masa perriod datang... tunggu punya tunggu period masih tak datang.. hati jadi panas sebab bulan tu adalah bulan appointment untuk IUI procedure... kalau tak period cam mana nak buat IUI.... so hati berat untuk buat pregnancy test.. tapi saya takut terrima kenyataan klu saya tak period... tapi memang suprise lerr... positif double line lah.. memang terkejut sangat.. rasa mcm nak pengsan pun ada.... terus buat sujud syukur.. kepada bakal ibu2 yang massih belum ada baby jgn putus asa...sentiasa berusaha tanpa rasa jemu... saya bersyukr kapada ALLAH keraana mendengar doa kami... terima kasih yaALLAH atas anugerah yang kau berikan... kandungan saya sekarang masuk minggu ke 14.. doakan kami selamat hingga keakhirnya..... wassalam....

Tuesday, November 23, 2010

KASIH ISTERI

Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit dengan kengkawan tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka  iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .
#####
1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :) .
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar pasangan
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .DAN SEMOGA SAYA AKAN SENTIASA BERSUNGGUH MENYAYANGI DAN MENCINTAI SI SUAMI......INSYALLAH....